Gambar hiasan
BEIJING - CHINA. Kerajaan China meluluskan undang-undang yang membenarkan rakyatnya mendapatkan anak kedua, bermula 1 Januari 2016.
Menurut 3News NZ, perkara tersebut yang telah diumumkan Oktober lepas masih menetapkan had anak kepada sesebuah keluarga.
Perubahan dalam undang-undang kawalan populasi tersebut dibuat selepas China diancam masyarakat yang berumur dan ketidak-seimbangan jantina di dalam pekerjaan, selain jumlah tenaga kerja baru yang semakin menyusut.
Sebelum ini juga, keluarga di China hanya dibenarkan memiliki anak kedua jika anak pertama mereka adalah anak perempuan.
Walau bagaimanapun, pengkritik kerajaan meramalkan perubahan dalam polisi tersebut tidak akan menamatkan aktiviti pengguguran anak dan memandulkan diri secara sukarela.
Wanita yang sudah berkahwin di China juga masih diwajibkan mendapatkan permit untuk anak pertama dan anak kedua mereka nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: