Hafiz
HANYA tinggal beberapa bulan lagi, penyanyi Hafiz Suip bakal menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan 2016.
Berkongsi pengalaman bergelar tunangan orang, Hafiz akui beberapa perubahan besar berlaku terhadap dirinya.
“Betullah orang bercakap dugaan sepanjang pertunangan itu bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya sendiri dapat rasakan perubahan hidup di mana saya lebih memikirkan tanggungjawab jika dibandingkan dengan sebelum ini.
“Setiap perkara berkaitan perhubungan saya lebih ambil serius. Lebih banyak komitmen yang perlu saya ambil kira,” katanya.
Akui lebih matang dalam perhubungannya kini, Hafiz memberitahu pengalaman percintaan lalu banyak mengajarnya untuk menjaga perhubungannya kini.
“Banyak pengalaman lalu yang saya ambil untuk muhasabah diri saya sekarang.
“Pertunangan bukan lagi perkara main-main kerana inilah permulaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Jadi saya perlu lebih fokus dan tidak boleh ambil ringan terhadap semua perkara berkaitan perhubungan ini,” jelasnya panjang lebar.
Masih dihargai
Biarpun perjalanan seninya berjalan agak perlahan tahun ini, namun Hafiz akui berbangga kerana kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi masih lagi dihargai apabila dipilih untuk sama-sama menjayakan Konsert 5 Divo.
Konsert anjuran produksi Laugh Out Loud Entertainment yang akan berlangsung pada 13 Februari 2016 itu bakal menggabungkan lima penyanyi hebat negara serantau iaitu Hafiz Suip, Hazama, Afgan, Judika dan Taufiq Batisah.
“Alhamdulillah, ini satu peluang terbaik untuk saya bergabung dengan penyanyi yang bukan calang-calang bakatnya.
“Mungkin tidak ramai yang memiliki peluang yang sama.
“Sudah tentu saya bangga kerana diangkat sebagai antara penyanyi divo dan bagi saya ini satu penghargaan buat saya dan sudah pasti saya tidak mahu sia-siakan kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert 5 Divo, kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: