Saturday, December 26, 2015

Naomi Campbell Berehat Dari Dunia Peragaan Pentas




Naomi Campbell terpaksa berehat daripada dunia peragaan selepas mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.
SUPERMODEL terkenal Naomi Campbell dilaporkan bakal berehat daripada menerima sebarang tawaran peragaan berikutan kecederaan pada kakinya.
Majalah People melaporkan Naomi, 45, terpaksa membuat keputusan itu selepas dinasihatkan berbuat demikian bagi memastikan kakinya benar-benar pulih.

Bagaimanapun jurucakap kepada model berkenaan bagaimanapun enggan mengulas tentang keadaan sebenar Naomi dan memberitahu ia peribadi.

Terdahulu, Naomi dilihat menggunakan kerusi roda untuk bergerak ketika menghadiri tayangan perdana filem The Danish Girl di London.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: