SERAMAI lapan selebriti tanah air telah memberi sokongan dalam memeriahkan Bazar Lepak #villagepeople yang disertai lebih 200 usahawan muda yang diadakan pada 19 hingga 20 Disember lalu, di Seksyen 7, Shah Alam.
Antara selebriti tersebut ialah Erra Fazira, Yana Samsudin, Anzalna, Rita Rudaini, Memey Suhaiza dan Amar Baharin.
Selain turut membuka gerai jualan produk sendiri, ada juga yang di antara mereka mengadakan lelongan barangan peribadi bagi tujuan mengumpul dana.
Malah aktres jelita, Rita Rudaini yang turun padang sepanjang program itu menjadi tumpuan ramai sementelah produk terbaharunya iaitu wangian Adorable by Rita Rudaini, dilancarkan sempena program itu.
Menurut penganjur program tersebut, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, segala kutipan akan disalurkan kepada Tabung Syukur Makeover bagi membantu badan-badan kebajikan dalam mengubah suai premis dan rumah kebajikan yang uzur.
“Syukur Makeover merupakan sebuah projek pengubahsuaian yang bertujuan untuk membaik pulih premis, kemudahan serta infrastruktur awam yang serba kekurangan atau rosak akibat bencana.
“Aktiviti pertama pengubahsuaian telah dilakukan adalah pada 3 Julai lalu, di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Syukuriah, Rantau Panjang, Kelantan.
“Sukarelawan Syukur Makeover telah membaik pulih dan mengubah suai pusat sumber yang telah rosak akibat banjir teruk tahun lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: