Keldai yang siap dipakaikan tali pinggang keselamatan.
BADAN kebajikan British sedang mencuba untuk memasang tali pinggang keselamatan pada keldai yang membawa wanita hamil ke hospital di negara-negara miskin.
Tali pinggang itu disesuaikan supaya wanita hamil itu mampu memanjat ‘ambulans keldai’ tersebut, lapor Mirror.com yang memetik daripada Sunday People.
Keldai masih menjadi kenderaan biasa yang membawa wanita-wanita hamil di negara-negara dunia ketiga.
Kebanyakan keluarga seperti di Afrika tidak mempunyai kereta tetapi kebanyakan penduduk kampung mempunyai akses kepada keldai atau kuda untuk ke hospital.
Penggunaan tali pinggang pada pelana ini akan dapat mengurangkan risiko wanita-wanita hamil ini jatuh.
Pelana itu dicipta oleh badan kebajikan SaddleAid di Anglesey, North Wales yang telah diuji oleh keldai di Welsh dipanggil Queenie untuk memperbaiki tahap keselamatan alat tersebut.
Ia juga telah diuji di Afghanistan dan dijangka akan digunakan untuk bakal-bakal ibu di Ethiopia, tahun depan.
Badan itu juga dilaporkan mahu melatih penduduk untuk menggunakan pelana itu yang dikatakan boleh juga digunakan di UK untuk membantu golongan kurang upaya menyertai menunggang kuda atau keldai dengan selesa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: