Tuesday, December 29, 2015

Car boot sale: Pelbagai barangan, pilihan




Car boot sale: Pelbagai barangan, pilihan
Car boot Sale di Kota Damansara, Petaling Jaya antara tempat tumpuan pengunjung.
SEJAK kebelakangan ini, trend perniagaan car boot sale (jualan dari bonet kereta) dan bazar menjadi semakin popular dan kian mendapat tempat di hati orang ramai.
Ini kerana, pelbagai pilihan barangan boleh didapati di dalam satu kawasan sama pada harga jauh lebih rendah berbanding premis perniagaan lain.
Perniagaan ini biasanya hanya diadakan pada hujung minggu dan pada waktu terhad iaitu antara tiga hingga tujuh jam sahaja.
Pengguna boleh memilih sama ada mahu ke bazar yang biasanya diadakan di dalam bangunan, mahupun car boot sale yang lazimnya dijual terus dari bonet kereta atau di tapak parkir tumpuan ramai.
Disebabkan perniagaan itu hanya dijalankan pada hujung minggu dengan sewa tapak yang murah dan permintaan tinggi, ia membuatkan ramai peniaga mengambil peluang untuk berniaga di tapak tersebut bagi menjana pendapatan sampingan.
Bagi orang ramai, mereka tidak kisah bersesak-sesak, asalkan mendapat barangan yang diidamkan pada harga murah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: