Gambar-gambar sebelum dan selepas pembedahan
SEHINGGA kini, Korea Selatan masih menjadi destinasi utama untuk mereka yang mahu menjalani pembedahan kosmetik.
Ini termasuklah mereka yang mengalami kecederaan kekal pada wajah akibat kemalangan atau penyakit, mahu meningkatkan keyakinan diri ataupun sengaja mahu mengubah wajah tanpa alasan yang kukuh.
Foto-foto perubahan sebelum dan selepas pembedahan kosmetik yang banyak tersebar di laman sosial adalah bukti pembedahan kosmetik 'masih laku'.
Terbaru, seorang blogger berumur 28 tahun dari Singapura menjalani pembedahan kosmetik di Seoul kerana wajahnya menjadi 'longgar' selepas bersalin.
"Berat badan saya bertambah 35 kilogram selepas bersalin," kata Ang Chiew Ting kepada The New Paper.
"Di bawah dagu juga terdapat simpanan lemak yang langsung tidak mahu hilang," kata Chiew Ting yang memiliki ketinggian 1.72 meter.
Chiew Ting adalah antara penggemar pembedahan plastik dan sudah menjalani beberapa prosedur pada 2010, 2013 dan 2014.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: