Pesisir pantai meriah seperti pesta apabila dipenuhi orang ramai yang mencari lala buluh.
ROMPIN – Belum pun reda dengan kehadiran ribuan kepah kulit putih naik ke darat di pantai Kampung Serinkin baru-baru ini, lala buluh pula mencetuskan fenomena apabila banyak terdapat di Pantai Sungai Mengkuang sehingga mengundang ramai orang mengutipnya sejak beberapa hari lalu, sekali gus mencetuskan suasana meriah umpama pesta di situ.
Dalam kalangan penduduk setempat, hidupan akuatik jenis bercengkerang ini turut dikenali sebagai gonggong dan 'rokok' kerana bentuk fizikalnya yang panjang seperti sebatang rokok.
Musim lala buluh pada setiap dua atau tiga tahun sekali itu ternyata menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya mereka yang meminati kelazatan hidupan laut yang tergolong dalam golongan kerang-kerangan ini.
Malah, ada yang menjadikan peluang sebegini sebagai peluang mencari rezeki tambahan dengan menjualnya pada harga RM15 sekilogram.
Pemandangan di sekitar pesisir pantai ketika air surut meriah dengan orang ramai yang sanggup berpanas demi mencari lala buluh menggunakan kaedah mencucuk lidi yang dicelup kapur sirih ke dalam lubang hidupan itu.
Seorang pengunjung, Mohd Taufik Shamsul, 32, berkata, dia balik ke kampung di Rompin bersama keluarga semata-mata mahu mencari lala buluh setelah beritanya disampaikan rakan-rakan melalui aplikasi WhatApps.
“Saya datang sini nak cuba nasib cari gonggong. Kalau ada rezeki, makan malam ni bolehlah rasa. Selain tu, saya nak tunjukkan pada isteri macam mana rupanya gonggong dan cara nak cari ia... sebab isteri tak pernah tahu cara cari gonggong,” katanya.
Sementara itu, Mahani Daud, 19, pula gembira apabila berjaya mengutip dan mengumpul dua kilogram lala buluh dalam tempoh lebih sejam.
"Saya cari gonggong ni sekadar isi masa lapang. Kalau ada lebih saya niat nak jual
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: