Friday, December 25, 2015

Nabila Huda selamat bernikah pagi tadi




Nabila Huda selamat bernikah pagi tadi
Gambar sekitar majlis angkat nikah Nabila Huda dengan pasangannya, Mohd Izwan.
AKTRES, Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar, 32,  dengan sekali lafaz, jam 9.20 pagi tadi.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 31, menerima mas kahwin RM300.
Lebih manis, pasangan ini dinikahkan oleh bapa Nabila sendiri, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, 57, dan disaksikan oleh jurunikah Khairuddin Haiyon.
Dalam majlis yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Izwan memberi lima dulang kepada Nabila dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Pada majlis berkenaan, pasangan pengantin kelihatan sama cantik sama padan dengan persalinan berwarna putih.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan malam esok di kediaman lelaki di Shah Alam.
Izwan yang juga pengurus di Restoran Kulcats mula berkenalan dengan Nabila sejak dua tahun lalu menerusi bekas pengurus Nabila.
Bagaimanapun pasangan tersebut merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Julai yang lalu.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Izwan dan kedua buat Nabila.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, pada 2008 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: