Saturday, December 26, 2015

Dapat hadiah arang sebab kurus



Dapat hadiah arang sebab kurus
Yelena Salnikavo mendapat ganjaran arang batu.
KEMEROVO - SIBERIA. Seorang wanita menerima ganjaran berupa lima tan arang batu dari kerajaan tempatan selepas berjaya menurunkan berat badan.
Yelena Salnikavo seorang jururawat dari bandar kecil Berezovskoye mendapat satu lori arang batu dari pihak berkuasa Kemerovo pada rabu selepas berjaya menurutkan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Sebelum ini, Gebenor Kemerovo, Aman Tuleyev berjanji akan memberi ganjaran kepada penduduk setempat jika berjaya menurunkan berat badan.
Memetik AP, penduduk akan diberi ganjaran arang batu 1.5 tan metrik bagi setiap sepuluh kilogram yang hilang.
Sementara itu, Yelena berkata kepada stesen TV tempatan, dia memperoleh 5 tan arang batu dan 'hadiah' ini mampu memanaskan rumahnya sekurang-kurangnya separuh musim sejuk yang panjang walaupun suhu berada di bawah -30 Celsius.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: