Tuesday, December 29, 2015

Pengguna Facebook Tertipu 'Mesej' Kononnya Pengasas Mark Zuckerberg Beri AS$4.5j




Mark Zuckerberg. 
RIBUAN orang terpedaya dengan satu mesej penipuan di Facebook yang menjanjikan peluang meraih wang jutaan dolar.
Portal Mail Online melaporkan satu penipuan tersebar menerusi satu mesej di Facebook yang mendakwa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg akan memberikan peluang untuk memenangi AS$4.5 juta (RM19.33 juta) sekiranya berkongsi satu kenyataan serta membuat 'tag' kepada rakan-rakan.
Mesej itu berbunyi "Mark Zuckerberg mengumumkan beliau akan memberikan AS$45 bilion (RM193.3 bilion) saham Facebook.
"Apa yang anda mungkin tidak pernah dengar adalah beliau merancang untuk memberikan 10 peratus daripadanya (saham) kepada orang ramai seperti anda dan saya!
"Apa yang anda perlu lakukan ialah menyalin dan berkongsi mesej ini dengan segera dan membuat 'tag' kepada lima sehingga 10 rakan anda.
"Selepas tengah malam, Facebook akan membuat carian dan memberikan AS$4.5 juta (RM19.33 juta) seorang kepada 1,000 orang sebagai cara berterima kasih kerana menjadikan Facebook sebagai alat untuk menghubungkan.
Mesej palsu itu bermula 1 Disember lalu apabila Mark Zuckerberg mengumumkan mengenai kelahiran anak perempuannya, Maxima. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: