Wednesday, December 30, 2015

Hafiz Suip cari klon?




Hafiz Suip cari klon?

PROGRAM Seiras Seirama menerusi episod Ikon Hafiz Suip telah mencetuskan tanda tanya apabila keputusan bagi segmen terakhir iaitu ‘segmen Caras Mencaras’ yang sepatutnya menyaksikan penyanyi Matahariku itu memilih seorang peserta sebagai juara episod tidak diumumkan.
Mengulas mengenai episod pada minggu ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, keputusan juara episod hanya akan diketahui pada episod Seiras Seirama akan datang sebagai satu kelainan dan gimik buat penonton.
“Bagi episod kali ini, ia sedikit berbeza dengan episod pertama di mana juara episod diumumkan sejurus selepas segmen Caras Mencaras berakhir.
"Sebenarnya perkara ini sudah pun dirancang lebih awal dan ia bertujuan membangkitkan lagi rasa keterujaan penonton untuk mengetahui siapakah pemenangnya," katanya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
Ismail Azren Al Bakri Ishar, 23, dan Ahmad Shukri Zakaria, 23, keduanya-duanya dari Selangor telah dipilih sebagai dua terbaik antara empat peserta untuk ke segmen Caras Mencaras.
Sepakat untuk memilih lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz sebagai lagu penentuan pemilihan juara episod, kedua-dua mereka tidak beri muka apabila masing-masing memberi persembahan yang cukup sengit.
Selain memiliki vokal yang seakan sama, empat peserta yang bertanding juga memiliki wajah dan penampilan yang seiras.
Siapakah pemenang bagi episod Ikon Hafiz Suip? Siapa pula ikon yang akan ditampilkan bagi episod Seiras Seirama akan datang? Jangan lupa saksikan episod ketiga Seiras Seirama yang bakal menemui penonton pada Ahad (3 Januari 2016), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan ketinggalan!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: