Monday, December 28, 2015

Bertemu selepas 30 tahun




Bertemu selepas 30 tahun
Sebahagian bekas pelajar dan guru SMKY bergambar di Titi Hayun.
ALOR SETAR – Seramai 40 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Yan (SMKY) bertemu semula setelah lebih 30 tahun berpisah.
Masing-masing yang merupakan bekas pelajar sekitar tahun 1984 mengambil pendekatan untuk berkumpul bersama keluarga bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Pertemuan julung kali itu diadakan di pusat peranginan Titi Hayun, Yan.
Penyelaras program, Abdul Paris Abdul Hamid berkata, pertemuan itu turut menghimpun serta meraikan bekas-bekas guru yang pernah mengajar di SMKY.
“Kita harap pertemuan ini dapat mengenangkan kembali nostalgia lama selain menjadi percutian keluarga bersempena musim cuti persekolahan,” katanya.
Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bersama seperti bacaan Yasin, sukaneka, riadah dan perkelahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: