Tuesday, December 29, 2015

Hidaya ke pasaran global




Hidaya ke pasaran global
Koleksi La Fuerza diinspirasikan daripada pelbagai kisah wanita sepanjang zaman.
JENAMA abaya tempatan, Hidaya International melebarkan sayap perniagaan ke Dubai bagi melancarkan koleksi musim luruh dan sejuk 2015, baru-baru ini.
Pengasasnya, Toh Puan Seri Hidayah Wan Ismail berkata, koleksi ketiga jenama tersebut sesuai digayakan wanita berkerjaya dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Koleksi dinamakan La Fuerza bermaksud kekuatan bagi memberi nafas baharu kepada abaya tradisional.
“Setiap abaya rekaan kami menampilkan satu gabungan yang lengkap dengan padanan blaus, skirt atau seluar panjang,” katanya.
Jenama itu mulanya menampilkan abaya berhiaskan renda Perancis khas untuk Malaysia namun kini giat menembusi pasaran antarabangsa.
Menurut Hidayah, bermula dengan Timur Tengah, jenama itu bakal menerokai pasaran global dengan koleksi ‘modestwear’.
“Gaya abaya diperkenalkan di pasaran tempatan membawa cita rasa masyarakat Malaysia bercirikan potongan konvensional namun dihiasi sulaman dan renda di bahagian bawah.
“Berlainan pula masyarakat Timur Tengah, cita rasa mereka lebih fokus kepada penggayaan abaya secara keseluruhan termasuk jenis fabrik,” katanya.
Beliau berkata, penghasilan koleksi La Fuerza pula diinspirasikan daripada pelbagai kisah wanita sepanjang zaman yang mencorak sejarah dunia.
“Saya amat tertarik untuk melihat impak ekonomi semasa terhadap pemakaian wanita dan diterjemahkan menerusi koleksi baharu ini,” katanya.
Dengan menyatukan budaya dan tradisi dunia Islam dengan trend antarabangsa itu, setiap rekaan abaya mempunyai kekuatan tersendiri.
Koleksi terbaru Hidaya boleh didapati di bilik pameran di 1-5, Ken Bangsar, Bangsar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: