BAGAI tidak lengkap perjalanan industri seni tanpa kisah kontroversi. Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai industri seni saban tahun jika tidak dikerumuni kisah-kisah kontroversi.
Namun untuk tahun 2015 ini, dengan teknologi canggih dan segalanya di hujung jari, kontroversi yang timbul mula berbangkit dari siber.
Lebih tepat lagi menerusi media sosial.
Bahkan untuk tahun ini, dapat dilihat, banyak kisah kontroversi berbangkit dan tersebar menerusi media sosial.
Mari kita lihat antara kisah kontroversi siber 2015.
Alahai Azwan Ali...
Nama pengacara dan pelakon Azwan Ali menjadi antara topik hangat yang diperkatakan gara-gara beberapa kontroversi yang berlaku secara berturut ke atasnya melibatkan media sosial, Twitter.
Ia bermula dengan komen salah faham seorang peminat mengenai nama sebuah restoran stik, 'Menate' dan Azwan menyangka peminat tersebut melemparkan perkataan yang tidak elok kepadanya.
Tidak berakhir di situ, Azwan yang pulang dari menunaikan umrah meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelawak, Nabil tidak menegurnya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ia diikuti status Azwan mengenai mangsa kemalangan jalan raya yang dikatakan menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.
Dek kerana beberapa siri kontroversi yang berturut, pengguna media sosial mewujudkan satu kempen bagi mendesak akaun media sosialnya ditutup.
Bagaimanapun baru-baru ini, Azwan dilihat sekali lagi mengamuk Instagram apabila ada peminat mempertikaikan pelekat rendang yang diberikan oleh Aznil Nawawi, sehingga Azwan bertindak membuat pelekat tersebut di dalam tong sampah.
Fazura dan isu KimK
Dek kerana salah faham dengan komen peminatnya di Instagram, Fazura menjadi kritikan pengguna media sosial sehingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter.
Komen yang ditinggalkan oleh peminat itu terpapar ayat “Mcm kimK yang depan itu”, namun perkataan “kimK” itu telah disalah erti oleh Fazura sebagai bahasa kesat.
Hanya kerana tersalah sangka, pelakon yang berusia 32 tahun itu telah memuat naik semula gambar komen peminatnya itu sambil mengutuk tindakan wanita tersebut dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.
Bagaimanapun Fazura enggan memohon maaf dan menyifatkan ia bukan kejadian pertama kali yang berlaku serta sudah lama bersabar dengan perkara sama.
Fasha-Jejai-Nora
Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga aktres cantik, Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) dikatakan sedang bergolak, selepas Fasha dilihat mengunjungi sebuah mahkamah baru-baru ini.
Biarpun belum memberi sebarang komen mengenai perkara itu, nama aktres Nora Danish dan keluarga Jejai dikaitkan sebagai punca rumah tangga Fasha bergolak.
Lebih menguatkan spekulasi, Nora dikatakan pernah memberikan komen di ruangan Instagram mengenai pergolakan ini, namun kemudian dipadamkan.
Begitu juga dengan komen Fasha di Instagram milik adik iparnya yang kemudiannya dipadamkan.
Adira isteri kedua VIP
Adira isteri kedua VIP
Dek kerana satu komen 'sekarang kami share (kongsi) suami' oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Datin Red pada gambarnya bersama Adira, berita perkahwinan rahsia Adira diketahui ramai selepas ia dikongsi oleh sebuah portal berita.
Tidak menafikan perkara tersebut, Adira, 24, mendedahkan dia sudah pun bernikah dan kini bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu, 37, sejak awal Disember lalu.
Adira berkata, mereka bernikah di Songkhla, Thailand kerana berhadapan dengan beberapa masalah, termasuk urusan dokumentasi kedua-dua belah pihak.
Dipeluk artis Kpop
Antara isu paling hangat diperkatakan yang berlaku awal tahun ini adalah perkongsian gambar dan video beberapa gadis Melayu beragama Islam yang dipeluk oleh kumpulan dari Korea, B1A4 mengunjungi negara ini bagi sesi bertemu peminat.
Bagaimanapun, sambutan penuh hangat bertukar keterlaluan apabila beberapa gadis remaja yang mengenakan tudung, tergamak merelakan diri dipeluk dan dikucup anggota lelaki kumpulan berkenaan di atas pentas, depan khalayak ramai.
Dek kerana aksi sedemikian juga, kedatangan beberapa penyanyi Korea sekitar tahun ini mendapat bantahan ramai yang bimbang kejadian sama berulang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: