Rakaman menunjukkan seekor beruang polar cedera selepas diberi makan bom oleh askar Rusia.
WRANGLE ISLAND - LAUT ARTIC. Seekor beruang polar betina hidup terseksa selepas bom yang diletak di dalam makanannya meletup.
Menurut Dailystar, bom tersebut didakwa diletakkan oleh seorang askar Rusia yang tinggal di markas tentera di Wrangle Island.
Sebuah video rakaman amatur juga didedahkan oleh Life News yang menunjukkan beruang polar tersebut mengerang kesakitan sambil berguling di atas salji sejurus bom berkenaan meletup.
Beruang polar tersebut kemudian terpaksa ditembak mati untuk 'menamatkan penyeksaan yang dialaminya'.
Stesen televisyen NTV pula memberitahu beruang polar tersebut sering berkunjung ke kawasan penempatan berhampiran untuk mencari makanan.
Penduduk tempatan juga sering memberi makanan kepada beruang polar terbaik yang didakwa jinak dan tidak menimbulkan sebarang ancaman.
"Beruang polar betina itu sering menyelongkar tong sampah dan kadangkala diberi makan oleh orang awam.
"Beruang polar tersebut juga 'sudah biasa' dengan masyarakat tempatan sehingga berani membawa anak beruangnya bersama-sama," kata laporan NTV.
Ahli zoologis dan pencinta haiwan kini merayu kepada pihak berkuasa supaya menghukum suspek yang melakukan perbuatan kejam tersebut.
Menteri Rusia, Sergei Donskoi juga menggesa supaya Ketua Pendakwa Rusia supaya menghukum askar tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: