Monday, December 28, 2015

Ramai pemain profesional akan sertai JDT



Marcos Antonio
Marcos Antonio
BEK kental pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Marcos Antonio menganggap satu penghormatan buat dirinya apabila menjadi sebahagian daripada kelab tersebut yang mempunyai cita-cita tinggi dalam menempa kejayaan dalam arena bola sepak.
Menurut Antonio yang pernah bermain dengan kelab besar di Brazil dan Eropah, dia cukup kagum melihat perkembangan JDT dan yakin lebih ramai profesional antarabangsa dan tempatan akan menyertai pasukan itu.
"JDT adalah antara kelab yang paling profesional yang pernah saya berurusan. Fasiliti di sini amat hebat dan semakin bertambah setiap tahun. Dunia lebih mengenali JDT berbanding kelab-kelab lain di negara ini, kerana dalam dunia bola sepak, khabar pantas tersebar.
"Sekiranya anda melaksanakan perkara yang betul dalam bola sepak, semua orang akan mengenali anda dan JDT adalah satu-satunya kelab dalam negara ini yang menjadi buah mulut di serata dunia, dan saya tidak terkejut dengan perkara ini.
"Adalah menjadi penghormatan bagi saya untuk menjadi sebahagian kelab hebat yang bercita-cita tinggi ini," katanya menerusi Facebook Johor Southern Tigers.
Untuk trivia, Antonio berjaya meraih gelaran Liga Super 2014 dan 2015 serta membantu skuad Harimau Selatan memenangi Piala Konfederasi  Bola Sepak Asia, Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: