Kepada saya Lizda, 33, meluahkan panjang lebar punca sebenar kemelut perkahwinannya dengan Ezany sehingga menyebabkan rumah tangga yang dibina pada 1 Julai 2007 itu menanti masa untuk roboh.
Lizda berkata, lebih setahun dia menanggung malu diaibkan suami sendiri kononnya dia lari dari rumah kerana mengikut lelaki lain dan tergamak meninggalkan anak-anak namun cerita itu adalah bohong semata-mata.
Malah ujar Lizda, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
"Jujur saya kata, kami hanya bahagia selama setahun sahaja. Selepas setahun perkahwinan barulah saya tahu siapa Ezany sebenarnya. Bayangkanlah, wang perkahwinan sebanyak RM30,000 digunakan Ezany adalah hasil duit simpanan saya. Dia berkahwin untuk mengambil kersempatan terhadap saya.
"Dia juga telah menipu saya dalam urusan bisnes belacan. Akhirrnya dia tuduh saya curang lari rumah ikut lelaki lain tetapi dia tidak ceritakan kisah sebenar apa yang berlaku,” ujar Lizda kepada mStar Online memulakan bicaranya.
Lizda kini tinggal bersama ibunya di Tawau, Sabah.
Hasil perkahwinan Lizda dan Ezany, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun).
Kata Lizda, dalam satu insiden dia berjaya melarikan Hayden Harraz yang kini berada dalam jagaannya di Tawau, Sabah dan anak sulung mereka pula dijaga Ezany.
Bagaimanapun Mahkamah Syariah Tawau pada Julai lalu memberikan hak jagaan sementara kedua-dua anak berkenaan kepada Lizda.
Ikuti luahan panjang lebar Lizda yang saya huraikan dalam bentuk soal jawab.
Berdasarkan beberapa laporan media, Ezany mendakwa Lizda curang, lari dari rumah ikut lelaki lain. Sanggup pula tinggalkan anak-anak. Saya nak kepastian cerita ini!
Saya menanggung malu dengan cerita ini. Takkanlah saya nak lari dari rumah sehelai sepinggang? Takkan bodoh sangat saya ni. Kalau nak lari rumah, mesti saya angkut semua barang-barang saya bersama. Kisahnya pada satu hari pada bulan Julai 2014, saya nekad nak balik Sabah. Nak jumpa abang saya untuk ceritakan masalah rumah tangga kami.
Flight saya pukul 7 pagi dan saya perlu keluar rumah awal. Masa nak keluar rumah, Ezany berada di ruang tamu menonton TV. Saya sempat tinggalkan wang RM100 untuk keperluan anak-anak.
Kami memang tak bertegur sapa. Tidur pun bilik asing. Cuma berhubung melalui mesej telefon.
Selepas beberapa hari di Kota Kinabalu iaitu di rumah abang, saya balik ke rumah saya di Serdang (Selangor) seperti biasa tetapi malang sekali rumah sudah ditukar kunci.
Paling menyedihkan, gambar saya ditampal di pondok pengawal keselamatan dengan tujuan untuk melarang saya menjejaki rumah itu. Tetapi saya berjaya menipu pengawal keselamatan apabila saya membuka tudung supaya mereka tidak perasan muka saya untuk masuk ke rumah itu.
Akhirnya saya terpaksa ke Batu Pahat, Johor untuk tumpang berteduh di rumah adik saya selepas gagal masuk ke rumah sendiri.
Pada firasat Lizda, apa tujuan Ezany buat laporan polis mendakwa Lizda lari dari rumah dan ikut lelaki lain?
Saya rasakan dia ada niat tertentu. Dengan tuduhan macam itu, mudah bagi dia untuk mendakwa saya berlaku nusyuz (durhaka) terhadapnya di mahkamah. Cerita itu hanyalah rekaan dia semata-mata.
Apa punca sebenar krisis rumah tangga kamu berdua?
Malam pertama selepas majlis sanding kami di Perlis lagi dia sudah buat perangai. Malam tu saya terbaca mesej di telefonnya yang dikirimkan seseorang. Mesej yang kurang enak untuk saya dedahkan kepada umum tetapi saya tidak ambil hati perkara itu.
Namun selepas hal itu macam-macam lagi dia kantoi dengan saya sehinggalah saya pernah jumpa sesuatu dalam begnya serta mesej-mesej lain. Dari situ, mulalah kemelut rumah tangga kami.
Adakah Ezany menjalankan tanggung jawabnya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak?
Masa nak kahwin dia tak ada duit. Tapi dia gunakan dulu duit saya RM30,000. Dia hanya bayar mas kahwin. Dia kata nak bayar balik tapi sampai sekarang tak bayar. Anak-anak pun tidak dipedulikannya. Semua hal anak-anak saya yang uruskan. Yang lain, semua duit saya. Fikirkanlah sendiri.
Bisnes belacan? Katanya berjaya?
Bisnes tu saya yang uruskan dari A sampai Z sampailah uli belacan, beli udang di Kuala Selangor pun saya buat. Kita ingat nak hidup sempurna membantu suami tapi suami hanya “jual” muka saja.
Sebelum buka syarikat, dia setuju untuk kongsi keuntungan 50-50 dengan saya. Tapi bila dah buka syarikat, dia hanya bagi saya 7 peratus saja keuntungan. 93 peratus lagi milik dia. Masa tu kami dah mula bertengkar sebab dia dah mula tak jujur tetapi saya masih bertahan.
Gaji saya yang dijanjikannya RM3,000 sebulan, satu sen pun tak dapat. Sampaikan tengah-tengah malam pun sanggup packing belacan dengan pekerja-pekerja. Kursus-kursus di Mardi juga saya yang hadir. Dia tak peduli. Duit minyak saya nak ke sana ke mari buat kerja promosi pun tak diberi kalau tak diminta.
Adakah Ezany menjalankan tanggung jawabnya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak?
Masa nak kahwin dia tak ada duit. Tapi dia gunakan dulu duit saya RM30,000. Dia hanya bayar mas kahwin. Dia kata nak bayar balik tapi sampai sekarang tak bayar. Anak-anak pun tidak dipedulikannya. Semua hal anak-anak saya yang uruskan. Yang lain, semua duit saya. Fikirkanlah sendiri.
Bisnes belacan? Katanya berjaya?
Bisnes tu saya yang uruskan dari A sampai Z sampailah uli belacan, beli udang di Kuala Selangor pun saya buat. Kita ingat nak hidup sempurna membantu suami tapi suami hanya “jual” muka saja.
Sebelum buka syarikat, dia setuju untuk kongsi keuntungan 50-50 dengan saya. Tapi bila dah buka syarikat, dia hanya bagi saya 7 peratus saja keuntungan. 93 peratus lagi milik dia. Masa tu kami dah mula bertengkar sebab dia dah mula tak jujur tetapi saya masih bertahan.
Gaji saya yang dijanjikannya RM3,000 sebulan, satu sen pun tak dapat. Sampaikan tengah-tengah malam pun sanggup packing belacan dengan pekerja-pekerja. Kursus-kursus di Mardi juga saya yang hadir. Dia tak peduli. Duit minyak saya nak ke sana ke mari buat kerja promosi pun tak diberi kalau tak diminta.
Ezany pernah mendakwa, Lizda sudah banyak kali minta diceraikan. Benar begitu?
Saya mengaku benar. Isteri mana yang boleh bertahan kalau tidak dihargai. Saya tidak boleh sabar lagi apabila dia berlaku curang dengan orang lain. Malah lebih menyedihkan semasa bapa saya meninggal dunia pada 25 Jun 2014, dia tidak ambil tahu. Nak ucapkan takziah pada keluarga saya, jauh sekali.
Selama kami kahwin, hanya sekali sahaja kami beraya di kampung saya di Tawau. Itu pun dia tidak bercampur dengan keluarga saya dan hanya terperap dalam bilik. Keluarga saya kata dia sombong.
Bagaimana anak kedua iaitu Hayden Harraz boleh berada dalam jagaan Lizda?
Allah tu maha kaya. Suatu hari tu bank telefon. Dua buah kereta iaitu Viva dah lapan bulan tak bayar. Kereta Volvo pula tertunggak tiga bulan. Kedua-dua kereta tu atas nama saya. Masa saya ke rumah itu kali kedua atas urusan kereta, saya terserempak dia secara kebetulan dan berlaku pergaduhan sehingga pihak keselematan perumahan kami campur tangan.
Akhirnya kami ke belai polis untuk selesaikan. Masa di balai polis tu saya dapat bawa anak kedua saya lari ke dalam kereta dan berjaya membawa dia tinggal bersama saya sekarang ini. Semasa dalam jagaan Ezany, anak saya tak terurus. Lihatlah contoh gambar yang saya kirimkan untuk perbandingan.
Selain dua kereta atas nama saya, segala bil-bil utiliti lain termasuklah bil telefonnya juga atas nama saya. Tapi peliknya dia tak mahu bayar sedangkan dia yang guna.
Bagaimana anak sulung?
Anak sulung sekarang ini saya tak dapat hubungi. Panggilan telefon sentiasa gagal. Tetapi sebagai ibu, saya ada hantar hadiah hari jadinya. Tapi saya tak pasti sama ada anak saya itu dapat atau tidak ataupun Ezany buang dalam tong sampah.
Apa langkah Lizda seterusnya?
Sudah beberapa kali pihak mahkamah Syariah Tawau panggil Ezany untuk hadir kes tuntutan cerai saya tetapi dia tak layan. Alasannya kenapa ia difailkan di Tawau. Bagi saya, tak salah failkan di Tawau apatah lagi ia lokasi kami bernikah. Namun dia tetap tak layan sebaliknya memfailkan kes hadanah saya di Shah Alam.
Tapi saya dimaklumkan peguam saya, kes ini sudah 70 peratus selesai. Dan kita tunggulah apa akan jadi seterusnya.
Jika Ezany membaca artikel ini, apa yang hendak Lizda perkatakan?
Saya minta satu saja. Kalau sudah tidak sukakan saya lagi, ceraikanlah saya dengan baik dan hentikanlah menjaja cerita buruk isteri sendiri. Selama ini saya berdiam kerana saya tak tahu saluran mana untuk mempertahankan diri tetapi hari ini saya dah ada kekuatan untuk berdepan situasi ini.
Adakah Lizda tahu Ezany sudah punyai kekasih baru iaitu seorang Datin Paduka?
Saya tahu melalui apa yang saya baca. Saya harap dan doakan mereka bahagia tetapi lepaskanlah saya dengan baik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: