KUALA LUMPUR - Pembaca setia Kosmo! berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000 apabila Peraduan Superbest-Kosmo! yang ditunggu-tunggu bermula hari ini.
Menurut Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Mohd. Fikri Hamdan, borang peraduan tersebut mula disiarkan hari ini diikuti siri seterusnya selama 40 hari.
"Kosmo! akan menyiarkan borang peraduan setiap hari iaitu siri satu hingga lima sebelum mengulangnya sehingga 16 Januari 2014.
"Pembaca hanya perlu mengumpul lima siri peraduan yang disiarkan setiap hari untuk disatukan sebagai satu penyertaan," katanya.
Peraduan Superbest Power-Kosmo! memerlukan pembaca mencari perkataan tersembunyi dan nama ibu negeri selain mengisi slogan yang disertai empat keratan kepala akhbar Kosmo!.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: