PETALING JAYA: Program bual bicara Nasi lemak Kopi O (NLKO) kini menampilkan pengacara popular Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bagi mengendalikan program tersebut.
Menurut kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online, Faizal akan mengendalikan program tersebut bersama-sama dengan AG dan Luqman bagi menggantikan Fizo Omar yang kini sedang bercuti.
"Kemunculan pertama Faizal pada 1 Disember lalu di set NLKO menggantikan Fizo telah mendapat respons yang sangat baik dan menggalakkan oleh pengikut di laman sosial Facebook NLKO.
"Buat sementara waktu, Faizal akan bergandingan bersama AG dan Luqman untuk melengkapkan trio NLKO pada setiap Ahad bersesuaian dengan topik-topik yang akan membincangkan mengenai isu-isu lelaki dan juga kekeluargaan," kata kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, kehadiran Faizal pertama kali mengacarakan program tersebut turut membuatkan penonton senang melihat keletah lucu pengara tersebut.
Program NLKO bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada pukul 8 hingga 10 pagi menerusi saluran TV9.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: