KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemui selepas ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara dekat Puchong semalam.
Kehadiran bayi seberat 3.4 kilogram itu disedari oleh pemilik rumah berkenaan, Haslinda Madun, 55, selepas terdengar tangisan kanak-kanak pada pukul 12.10 tengah malam dari kawasan lorong belakang rumahnya.
Wanita itu yang curiga kemudian pergi ke belakang dan ternampak ada bayi ditinggalkan dalam keadaan bogel serta bertali pusat yang dilapikkan dengan sehelai sarung bantal di atas jalan.
“Pada mulanya saya dengar bayi menangis pukul 8.45 malam (kelmarin), namun saya sangka ia (tangisan) datang dari rumah jiran yang membuka pusat jagaan kanak-kanak.
“Tidak lama kemudian, bunyi (tangisan) itu makin kuat menyebabkan saya tergerak hati untuk membuat pemeriksaan sebelum ternampak seorang bayi bogel tertiarap di lorong belakang,” katanya di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: