Sunday, December 8, 2013

15,000 pengunjung hadir Malaysia Berselawat


HABIB Ali (kiri) menyampaikan ceramah di hadapan pengunjung program Malaysia Berselawat.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 15,000 pengunjung menghadiri program Malaysia Berselawat anjuran Yayasan Al-Abrar yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil dekat sini malam tadi.
Pengerusi Yayasan Al-Abrar, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah berkata, program yang bermula pada pukul 5 petang itu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai budaya berselawat dan berzikir, selain membawa masyarakat berhibur mengikut landasan Islam.
"Alhamdulillah program hari ini (malam tadi) berlangsung dengan jayanya. Saya berbangga kerana rata-rata pengunjung terdiri daripada golongan belia.
"Selain berselawat, program selama enam jam ini turut diisi dengan penyampaian takzirah oleh pendakwah tersohor dari dalam dan luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: