Thursday, March 21, 2013

Fenomena lubang gergasi 'telan' manusia


RIBUT Tropika Agatha mengakibatkan lubang besar berlakudi Guatemalapada tahun 2010.


SEORANG lelaki di Florida hilang setelah ditelan sebuah lubang sedalam enam meter dalam satu kejadian di rumahnya. Lubang tersebut ditemui di bahagian bilik tidur mangsa.
Jeffrey Bush, 36, dipercayai meninggal dunia selepas anggota keselamatan gagal menghubungi dan menemui jasadnya yang tertimbus di dalam lubang tersebut.
Atas faktor keselamatan, pegawai-pegawai berdekatan bandar Tampa telah menangguhkan usaha mencari tersebut.
Ketua Jabatan Bomba di Hillsborough County, Florida, Ron Rogers berkata, kejadian lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering kali berlaku di beberapa kawasan sekitar Florida.
"Pada dasarnya, Florida terletak di atas permukaan batu kapur. Apabila berlaku hakisan air dalam gua, ia akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus terbentuk lubang-lubang besar pada permukaan," jelasnya.
Siasatan awal mendapati lubang gergasi di rumah Jeffrey ialah selebar sembilan meter dan kedalaman enam meter. Sehubungan itu, pegawai berkenaan telah membuat zon keselamatan sejauh 30 meter dari kawasan kejadian kerana lubang itu semakin membesar.
"Kita tidak tahu sejauh mana kestabilan tanah di lokasi tersebut. Ketika anggota penyelamat berada di dalam lubang beberapa bahagian rumah runtuh lagi,"
KEWUJUDAN lubang berdiameter besar dengan kedalaman beratus-ratus meter dianggap fenomena luar biasa.


ujarnya.
Selain Florida, kejadian lubang besar pernah berlaku di Amerika Syarikat. Kawasan itu digelar Devil's Sinkhole dan telah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.
Selain Amerika Syarikat, kejadian sama berlaku di Guatemala. Ia disebabkan ribut Tropika Agatha yang menyebabkan tanah mendap sekali gus terbentuk lubang besar.
Pakar-pakar geologi menyifatkan lubang besar berlaku disebabkan pergerakan air bawah tanah, hakisan batu kapur, kesan meteor, aktiviti perlombongan dan kebocoran sistem pengairan.
Dalam pada itu, lubang besar juga pernah berlaku di Laut Caribbean akibat kesan meteor.
Kini, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Berbalik kepada kejadian yang menimpa Jeffry, adiknya, Jeremy, 35, berkata, dia mendengar dentuman kuat dan diikuti jeritan abangnya meminta pertolongan.
Menurutnya, dia telah melompat ke dalam lubang namun tidak nampak kelibat abangnya itu.
"Lantai rumah masih bergerak dan segala kekotoran memasuki lubang tetapi saya tidak peduli. Saya mahu menyelamatkan abang saya," katanya yang keluar dari rumah jirannya sambil menangis teresak-esak.

JASAD Jeffrey masih terbenam di dalam lubang besar ini.


Bagaimanapun, salah seorang anggota keselamatan terpaksa menarik Jeremy daripada menggali lubang besar itu.
Menurut Rogers, mereka melihat sebahagian tilam terkeluar dari lubang itu.
Pihaknya tidak dapat berhubung dengan Jeffrey walaupun anggota keselamatan telah memasukkan kamera dan alat pendengaran ke dalam lubang tersebut.
Lantaran itu, kedua-dua jiran di sebelah rumah Jeremy dipindahkan. Rumah Jeffrey pula dirobohkan pihak berkuasa pada 3 Mac lalu.
Begitupun, mereka melakukan kerja-kerja tersebut dengan teliti untuk menyelamatkan beberapa bahagian rumah tersebut.
Antara yang terselamat ialah kitab Bible, dompet wanita dan gambar keluarga.
Setelah kerja-kerja merobohkan rumah itu selesai barulah sekumpulan pakar akan memeriksa lubang itu.
Pakar-pakar tersebut mengakui terdapat ribuan lubang benam di Florida dan ia berlaku disebabkan struktur geologi di negeri itu.
Selain itu, Florida terletak di atas permukaan batu kapur yang menyebabkan tanahnya mudah terbenam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: