Friday, March 22, 2013

Enjin roket hantar angkasawan ke bulan dikeluarkan dari laut


SALAH satu komponen enjin roket Saturn V yang dikeluarkan dari Lautan Atlantik diletakkan di atas kapal Seabed Worker kelmarin.


CAPE CANAVERAL - Sebuah pasukan yang dibiayai oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos berjaya mengeluarkan beberapa komponen enjin roket Saturn V dari Lautan Atlantik.
Pendedahan itu dibuat oleh Bezos di laman web projek untuk mengeluarkan komponen enjin roket yang telah menghantar dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) ke bulan lebih 40 tahun lalu.
Enjin itu yang masih menjadi milik pemerintah AS akan dibaik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai.
Kapal Seabed Worker yang membawa enjin itu berlabuh di Port Canaveral, Florida semalam selepas tiga minggu ia berada di laut.
Enjin itu berada hampir lima kilometer (km) di dasar Lautan Atlantik dan terletak 579km dari sini.
Roket Saturn V itu membawa beberapa angkasawan ke bulan pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Selepas berlepas, roket itu jatuh ke dalam lautan, manakala kapal angkasa Apollo berlepas ke bulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: