
PENGHIBUR jalanan perlu memohon permit daripada DBKL sebelum membuat pertunjukan di sekitar Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Penghibur jalanan dinasihati supaya memohon permit kebenaran sekiranya ingin membuat persembahan di sekitar ibu kota.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Amin Nordin Ab. Aziz berkata, permohonan permit itu telah dibuka dan mereka boleh berbuat demikian melalui bahagian Kebudayaan dan Sukan DBKL.
Beliau berkata, beberapa perbincangan telah dijalankan bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi mengenal pasti garis panduan yang perlu dipatuhi oleh golongan penghibur itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: