MELAKA - Kumpulan nasyid Wardatud Diniyyah muncul juara pertandingan Bintang Nasyid Mukmin peringkat akhir yang berlangsung di pekarangan Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini semalam.
Berikutan kemenangan itu, kumpulan nasyid yang dianggotai oleh pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Emas itu terpilih mewakili Melaka untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Berikutan kemenangan itu, kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah sebanyak RM700 termasuk produk barangan Mukmin serta sijil penghargaan.
Sementara kumpulan Soutul Hanim dari Sekolah Menengah Agama Al-Ehya El-Karim dari Tanjung Bidara, Alor Gajah muncul pemenang kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 manakala kumpulan Ilnar Nur dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin di tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM300.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: