MELAKA - Orang ramai yang ingin mendapatkan produk penjagaan kesihatan yang dijamin halal diminta tidak melepaskan peluang berkunjung ke Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) Melaka yang sedang berlangsung di Bukit Palah di sini.
Salah satu gerai menjual produk kesihatan halal yang boleh dikunjungi ialah gerai bernombor 39B yang menjual minuman kesihatan, Hayat Acai Berry.
Stokis Parlimen Hayat Network Sdn. Bhd., Kamal Al-Marbawi berkata, Hayat Acai Berry diperbuat daripada 100 peratus pati buah acai beri yang dicampur sedikit pati buah anggur dan pear sebagai pengganti gula tanpa bahan pengawet.
"Khasiat Hayat Acai Berry ialah ia mengandungi antioksidan untuk melindungi jantung sekali gus mengurangkan risiko saluran darah tersumbat selain membantu melawan sel-sel kanser," katanya ketika ditemui Kosmo! di tapak Kempen 1M1H di sini semalam.
Menurutnya, minuman kesihatan berkenaan boleh diperoleh pada harga RM39 sekotak yang mengandungi 10 botol bersaiz 10 mililiter pati buah acai beri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: