Wednesday, February 1, 2012

Wanita dengan lidah raksasa


Perbandingan lidah Chanel tapper (kanan) dan yang dimiliki gadis biasa.


LIDAH memang merupakan organ penting dalam badan manusia. Ia merupakan deria rasa utama untuk membolehkan manusia merasai pahit, manis, masam, masin dan sebagainya.

Selain itu lidah kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan rasa tidak suka atau sekadar untuk berjenaka.

Tetapi rasanya amat jarang daripada kita yang peduli akan berapa panjang lidahnya.

Tetapi tahukah bahawa pemegang rekod lidah paling panjang di dunia ialah seorang wanita.

Chanel Tapper, 21, mempunyai lidah sepanjang 9.7 sentimeter yang secara rasmi diisytihar oleh Guinness World of Records sebagai memiliki lidah terpanjang di dunia.

Dengan lidah yang digelar lidah cicak itu, Tapper yang berasal dari Houston, Amerika Syarikat sebenarnya telah menempa kemasyhuran sejak berumur 13 tahun.

Ia apabila dia mula mempertontonkan lidah raksasanya itu melalui video dalam YouTube.

Pada September tahun lalu pihak Guinness World Of Records telah menjemput Tapper ke Los Angeles.

Tujuannya ialah untuk mengukur lidah wanita itu. Selain Tapper terdapat dua lagi individu turut tampil untuk mencabar.

Tetapi, Tapper berjaya mengatasi kedua-duanya sebagai pemilik lidah terpanjang.

Tapper berkata, dia mula menyedari memiliki lidah yang luar biasa itu ketika berusia lapan tahun ketika ibunya mengambil gambar sempena sambutan Halloween.

“Dalam salah satu gambar itu saya menjelirkan lidah. Saya sedar memiliki lidah yang panjang setelah melihat gambar tersebut apabila dicetak.

“Tetapi ketika di sekolah menengah ia semakin ketara apabila ramai yang memberikan komen berkenaan lidah saya,” katanya.

Lidah itu juga katanya membuatkan dia terkenal di kalangan rakan-rakan malah mungkin juga memberikan satu imej untuk dirinya.

“Bila saya jelirkan lidah saya, saya tidak tahu apa-apa.. mungkin kelihatan bodoh. Tetapi ramai yang mengingati saya sebab lidah ini,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang apabila melihat lidahnya, Tapper berkata, ada yang terperanjat.

“Seolah-olah mereka tidak percaya dengan apa dilihat dan meminta saya melakukannya lagi.

“Ada yang menjerit-jerit seperti terperanjat,” katanya.

Malah katanya, dia sering ditanya sama boleh menyentuh hidung atau bahunya dengan lidah itu.

Satu lagi soalan pelik yang sering ditanya kepada Tapper adakah dia menyebabkan pasangannya tercekik ketika mereka bercium.

Tetapi kebanyakan orang kata Tapper, akan terhibur apabila melihat lidahnya itu.

Ditanya jika diberi pilihan adakah dia memilih untuk memiliki lidah raksasa itu atau lidah yang biasa Tapper berkata: “Ini lidah normal saya. Saya dilahirkan dengan lidah ini, jadi tidak perlu ada pilihan.”

Katanya, dia mungkin mewarisi lidah itu dari ibunya yang juga memiliki lidah yang bersaiz agak panjang.

“Tetapi tidak sepanjang lidah saya,” katanya.

Bagaimana pun kata Tapper, dia gembira hidup dengan lidah yang dianggap raksasa itu.

Katanya, dia sentiasa dilihat lucu dan riang serta suka menjelirkan lidahnya pada orang.

“Saya suka lakukannya sejak masih di sekolah. Saya tidak pernah ada masalah kerana memiliki lidah yang panjang. Ia menyeronokkan,” katanya.

Kini Tapper menetap di Hollywoods selepas menamatkan pengajian dan mula membabitkan diri dengan lakonan.

“Saya suka berlakon kerana saya pasti ia cukup dramatik. Saya rasa saya memiliki bakat semula jadi,” katanya.

Selain itu kata Tapper, peluang bertemu dengan pelakon Adam Sandler merupakan antara pengalaman manis ketika mula-mula berada di Hollywoods.

“Dia pelakon kegemaran saya,” kata wanita yang memegang rekod lidah terpanjang di dunia itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: