Wednesday, February 1, 2012

Gaya lama yang merentasi zaman


Anggun dan glamor tatkala menghadiri majlis malam. Padankan dengan beg tangan vintaj juga.


PAKAIAN vintaj mempunyai peminatnya tersendiri. Kebanyakannya adalah golongan remaja atau muda.

Walaupun fesyen vintaj merupakan yang lama, kadang-kadang ada sehingga 30 tahun namun ia masih diminati sehingga hari ini. Peminat yang fanatik tidak malu memakai fesyen vintaj. Malah ada yang berbangga kerana fesyen seperti itu sukar didapati pada hari ini.

Terdapat pakaian vintaj yang memang lama namun ada juga yang dibuat semula mengikut gaya vintaj.

Mereka yang telah berusia 40 tahun ke atas pasti akan terkenang kembali fesyen pakaian yang mereka pakai dahulu apabila melihat pakaian vintaj.

Satu kelebihan pakaian vintaj ialah harganya yang murah mampu dibeli oleh ramai orang. Selain itu, jenis fabriknya juga sukar didapati kini serta potongan baju yang berbeza daripada fesyen sekarang.

Pakaian vintaj hanya dijual di kedai-kedai tertentu. Kadang-kadang jika anda berjalan-jalan di pusat membeli-belah terdapat booth yang menjual pakaian vintaj dan booth ini berjaya menarik ramai pelanggan.

Orang Malaysia tidak kisah sangat dengan pakaian vintaj. Jika mereka suka, mereka akan membelinya. Lagipun harganya memang amat berpatutan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: