Wednesday, February 8, 2012

UniMAP dekati Universiti Otago


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) tertarik dengan satu info mengenai Universiti Otago di Dunedin, New Zealand baru-baru ini.


Dunedin (New Zealand) 7 Feb. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mahu menjalinkan kerjasama dengan Universiti Otago, terutama dalam bidang akademik dan kajian.

Ini dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP di sini baru-baru ini.

Perkara itu dinyatakan oleh baginda semasa mengetuai delegasi untuk mengadakan perbincangan asas dengan Universiti Otago tentang kemungkinan bagi mengadakan kerjasama dua hala.

Perbincangan itu disertai oleh Canselor Universiti Otago, John Ward; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti berkenaan, Vernon Squire dan Pro Naib Canselornya, Profesor Sarah Todd.

Di dalam perbincangan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin menitahkan, UniMAP akan mengembangkan kerjasamanya dengan universiti terkemuka dunia itu selaras dengan hasrat untuk mengantarabangsakan universiti berkenaan.

Turut serta dalam perbincangan berkaitan ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Baginda juga turut menerangkan yang UniMAP mahu menjadi universiti yang dapat melahirkan graduan berbakat yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan mereka.

Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah bahawa UniMAP adalah sesuai bagi pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran berikutan persekitarannya yang kondusif.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: