BACHOK 20 Feb. - Universiti-Kolej KIST (Uni-KIST) akan beroperasi awal April ini dengan menawarkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam, Sains dan Teknologi (KIST), Taib A. Rahim berkata, pihaknya telah menerima tawaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk memulakan program pengajian tersebut.
Beliau berkata, kurikulum pembelajaran Uni-KIST telah siap digubal dengan mensasarkan kemasukan 500 pelajar baharu bagi setiap sesi pengambilan.
Katanya, pengurusan tenaga sumber manusia di KIST telah pun mengiklankan pelbagai jawatan yang diperlukan termasuk pensyarah menerusi media cetak dan laman sesawang http//:www.kist.edu.my.
"Dua jurusan peringkat ijazah pertama iaitu psikologi dan syariah akan ditawarkan kerana pengajian ini hanya memerlukan dewan kuliah sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul di kampus KIST Telong dekat sini, hari ini.
Kata Taib, buat permulaan Uni-KIST akan beroperasi di kampus sementara di Wisma Abrar, Kota Bharu, sementara menunggu pembinaan kampus tetap di kawasan seluas 16 hektar di Kampung Sungai Gali, Telong siap sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: