
PENYANYI antarabangsa, Madonna masih cergas dan bertenaga seperti wanita berusia 20-an meskipun dia sudah menjangkau umur 53 tahun. Gunnar Peterson, jurulatih kecergasan yang berpengalaman melatih selebriti seperti Jennifer Lopez, Bruce Willis, Sylvester Stallone dan Gwyneth Paltrow berkata, kunci kecergasan Madonna ialah dedikasinya dalam bersenam, menjaga pemakanan serta mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
“Jika kita gagal dalam salah satu rejim itu, kesannya akan dapat dilihat pada tubuh kita,” terang Peterson.
Menurut beliau, faktor genetik bukan punca Madonna kekal cergas sebaliknya hasil latihan dan kerja kerasnya.
“Aktiviti utamanya ialah senaman kardio selama 30 hingga 60 minit. Ini diikuti latihan pernafasan seperti yoga dan pilates selama 60 minit lagi, kemudian barulah dia berlatih untuk pertunjukan pentas sehingga empat jam lamanya,” ujarnya.
Peterson juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil makanan semula jadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi. Untuk tenaga, ambillah karbohidrat kompleks, kata beliau.
“Tugas untuk mengekalkan kecergasan sudah tentu lebih mudah jika dilakukan sejak usia muda. Namun, tiada istilah terlambat walaupun anda sudah berumur lebih 50 tahun,” beritahu Peterson.
Pakar-pakar kecergasan sememangnya sudah lama menguar-uarkan bahawa tubuh yang segar adalah asas untuk mencapai kejayaan.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan George W. Bush merupakan pemimpin dunia yang mementingkan senaman pada setiap hari. Kedua-duanya gemar bermain bola keranjang dan berbasikal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: