|
PETALING JAYA - Sekumpulan pemilik rumah kos rendah Taman Kayu Ara Indah, Damansara Utama di sini jatuh sakit dan bergaduh sesama suami isteri gara-gara menerima surat notis tunggakan hutang pinjaman daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) minggu lalu.
Kumpulan lebih 10 pemilik rumah itu berang kerana surat yang menuntut tunggakan pinjaman daripada RM2,000 hingga RM30,000 itu diterima selepas mereka mendakwa telah lama melangsaikan hutang dengan LPHS.
Seorang pemilik rumah, Yahaya Ngah Sham, 65, berkata, dia terkejut menerima notis LPHS yang menyatakan dia masih berhutang sebanyak RM12,000 sedangkan ansuran rumahnya itu sudah dibayar sekali gus pada tahun 2002.
Yahaya yang sudah bersara dan tidak mempunyai pendapatan tetap turut hairan apabila pemilik rumah lain yang sudah selesai menjelaskan ansuran rumah juga menerima notis sama pada Sabtu dan Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: