KUALA LUMPUR - "Saya rasa dianiayai dan tidak mendapat siasatan yang adil."
Demikian dakwaan peguam Kamal Hisham Jaafar, 42, mengenai laporan akhbar semalam bahawa dia dicari oleh polis berhubung satu kes pecah amanah yang melibatkan kerugian wang berjumlah RM660,000 milik sebuah syarikat pada tahun ini.
Kamal Hisham ketika dihubungi melalui telefon bimbit dari Dubai oleh rakan kongsinya, Rozana Shamsudin di firma guaman Kamal Hisham & Associates di sini semalam menjelaskan kepada pemberita, polis sebelum ini tidak pernah menghubunginya bagi memaklumkan dia sedang dicari bagi membantu siasatan kes pecah amanah.
"Saya ada pejabat di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Dubai. Selama ini tidak ada polis datang cari pun, mereka (polis) keluarkan kenyataan di akhbar kata saya dicari seolah-olah saya bunuh orang pula," kata peguam itu melalui perbualan telefon selama kira-kira lima minit pada sidang akhbar bersama peguamnya, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: