Saturday, February 18, 2012

Sentuhan ceria koleksi Uniqlo


SETIAP pereka Uniqlo mempunyai sentuhan istimewa masing-masing dalam mengadun warna untuk koleksi ini.


ATA pakar motivasi, warna boleh menaikkan mood seseorang, malah warna kegemaran seseorang individu itu juga melambangkan personaliti serta karakter yang ada padanya.

Namun minat kepada sesuatu jenis warna tidak bermakna anda harus memenuhkan almari dengan warna itu sahaja. Jangan jadi terlalu obses dengan satu warna kerana ia akan memberikan anda keterbatasan dalam meneroka keceriaan warna!

Jadi cuba meriahkan koleksi pakaian dalam almari anda dengan pakaian berwarna warni dari Uniqlo. Sempena musim luruh dan panas yang bakal menjelang ini, jenama pakaian lelaki dan wanita yang berasal dari negara Jepun ini mempunyai sentuhan funky, ceria, bergaya dan yang pasti cukup segar untuk mereka yang mahu mengekspresikan diri ke hadapan.

Setiap pereka Uniqlo mempunyai sentuhan istimewa masing-masing dalam mengadun warna untuk koleksi ini. Bayangkan anda bukan hanya mendapat warna asas, malah adunan lebih daripada 36 jenis warna boleh dipilih. Koleksi yang diberi nama Color Parkas untuk lelaki dan wanita ini pastinya akan memberikan keceriaan warna dalam almari baju anda!

Bukan itu sahaja, koleksi Uniqlo kali ini menawarkan potongan pakaian yang pelbagai, daripada yang berpotongan seksi, hinggalah yang paling sesuai untuk anda berdua bersantai. Jadi, anda tidak perlu mencari pakaian yang sesuai dengan mood dan tema dari pelbagai butik kerana semuanya ditawarkan di sini.

Menambah kemeriahan tersebut, Uniqlo turut mengadakan kolaborasi dengan beberapa pereka seperti Banner Barrett, dictionary MOSSLIGHT, Double Standard Clothing dan NINE dxc designed oleh K. Semuanya dijemput khas untuk bersama-sama dalam Designers Invitation Project dalam koleksi musim luruh dan panas 2012 ini.

Peminat fanatik Anime di Malaysia pasti akan teruja apabila Uniqlo tahun ini akan meningkatkan rangkaian rekaan UT seperti dari Attack on Titans oleh Shingeki no Kyojin, Space Brothers oleh Uchu Kyodai, "TORIKO" by Mitsutoshi Shimabukuro dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, untuk koleksi musim panas dan luruh ini dari kategori UT turut memperbanyakkan koleksi baju-T wanita yang bercetak. Ini termasuk baju-T eksklusif Laura Ashley yang menampilkan unsur rekaan English yang cantik.

Tak lupa juga rekaan menarik Orla Kiely yang terkenal dengan sentuhan klasik, mewah dan cetakan berwarna warni yang pastinya memberikan anda satu perasaan sentimental dan nostalgia.

Jadi, jangan lepaskan peluang melihat sendiri koleksi terbaru Uniqlo yang menarik ini di semua cawangan Uniqlo di Malaysia seperti di dalam pusat beli-belah Fahrenheit88, di Suria KLCC dan juga di One Utama (bangunan lama), Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: