Tuesday, February 14, 2012

Semarakkan hubungan cinta


Semarak kasih... (Dari kanan) Steve Yap, Ellina Yap bersama anak mereka, Xin Er dan Xandria Ooi dan Yuri Wong bersama buah-buahan kegemaran mereka.


SEMUA orang tahu buah-buahan baik untuk kesihatan, namun tidak ramai yang menyedari ia juga boleh menaikkan mood dan menyemarakkan perasaan kasih sayang.

Ini diakui pasangan selebriti yang mempunyai cara tersendiri untuk menyemarakkan hubungan intim mereka.

Bekas model, Steve Yap, yang telah mendirikan mahligai bahagia dengan isterinya, Ellina Yap sejak sembilan tahun lalu menyifatkan komunikasi sebagai faktor penting dalam hubungan suami isteri.

"Kami sentiasa berbincang mengenai pelbagai isu. Yang baik mahupun yang buruk. Kalau susah sangat nak bertekak secara bertentang mata, saya akan tulis nota pendek menyatakan perasaan saya.

"Ini memberi ruang kepada kami untuk merenungkan keadaan, bertenang dan kemudian berbaik semula," kata Steve.

Steve, seorang model terkenal pada zaman kegemilangannya, kini menjalani kehidupan yang berbeza.

Walaupun beliau masih melibatkan diri dalam industri filem dan penerbitan televisyen sambil menguruskan perniagaan hartanah, dia lebih suka menghabiskan masa bersama isteri dan anak perempuannya, Xin Er.

"Detik-detik paling intim bagi kami sekarang ialah apabila mengisar epal menjadi sup pekat untuk anak kami.

"Hanya dengan menyediakan sajian mudah untuk si manja, kami rasa begitu rapat.

"Ia benar-benar menyemarakkan kasih sayang kami," kata Steve.

Saat-saat bersama yang paling dinantikan oleh pasangan itu ialah ketika menikmati buah-buahan selepas makan malam sambil menonton televisyen.

Steve gemar jambu batu kerana ia mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak, manakala Ellina gemar makan buah pir.

Sementara itu, personaliti televisyen dan radio, Xandria Ooi bersama penggubah muzik dan penerbit, Yuri Wong mengakui fikiran positif dan keserasian perwatakan adalah asas perhubungan yang baik.

"Mesti ingat bahawa kita sendiri yang membuat pilihan untuk sehidup semati dengan pasangan kita. Bukan untuk bersama pada masa senang sahaja.

"Kami sanggup meluangkan masa dan berusaha untuk berkomunikasi dan mendengar suara hati satu sama lain supaya kami tidak membiarkan isu-isu kecil meluap menjadi masalah besar. Kasih sayang adalah asas segalanya," jelas Xandria.

Nasihat Xandria tentang cinta: "Pada permulaan hubungan, segala-galanya mudah."

"Apa yang mengukuhkan dan mengekalkan hubungan ialah komitmen untuk sentiasa mencuba, walau sesukar mana sekalipun.

"Komunikasi bukan hanya menerusi percakapan, yang lebih penting ialah usaha untuk meluahkan perasaan dengan kasih sayang dan persefahaman walaupun dalam keadaan kita susah hati."

Saat-saat bersama paling indah bagi pasangan itu ialah apabila mereka memulakan hari dengan menyediakan salah buah-buahan lazat untuk sarapan. Bahandigunakan seperti yogurt, madu, epal, pisang kaki, anggur dan taburan badam.

Pasangan yang mengamalkan gaya hidup sihat itu menjelaskan cara terbaik untuk memulakan hari ialah dengan mengambil sarapan yang sihat dan berkhasiat sebelum bergegas ke tempat kerja.

Buah kegemaran Xandria ialah mangga. Manakala Yuri gemarkan jambu air.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: