ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini semalam menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes saman yang difailkan oleh anggota jawatankuasa (AJK) surau Madrasah Salihiah terhadap kerajaan negeri bagi menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nabisha Ibrahim membuat keputusan itu dalam kamar untuk membolehkan semua pihak mengemukakan afidavit sokongan mereka bagi kes berkenaan.
Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Januari bagi pihak anggota jawatankuasa surau, menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.
Dalam writ itu, Jamludin memohon supaya diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 4 Julai lepas untuk membenarkan pemaju membayar pampasan kepada MAIK bagi tanah wakaf yang diperoleh itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: