Saturday, February 18, 2012

Robot bantu kurangkan kemurungan


ROBOT anjing laut diusik oleh seorang kanak-kanak di sebuah rumah di di Kesennuma pada 11 Februari lalu.


KESENNUMA, Jepun - Sejenis robot anjing laut berteknologi tinggi yang bertindak balas kepada sentuhan manusia kini digunakan bagi meredakan kemurungan mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

Diberi nama Paro, robot berbulu berkenaan ditawarkan kepada mereka yang kehilangan tempat akibat bencana berkenaan di sini pada Mac tahun lalu.

Paro akan mengeluarkan bunyi dan menepuk siripnya apabila menerima sentuhan manusia.

"Ia sungguh comel. Ia berbunyi apabila saya menggosok badannya," kata seorang budak lelaki berusia 10 tahun, Kosei Oyama.

"Akibat tsunami, tidak banyak barang permainan yang dapat kami gunakan," tambahnya.

Paro yang dilengkapi sebilangan sensor audio telah digunakan di beberapa buah hospital dan rumah orang tua sebagai alat bantuan terapeutik bagi meredakan kemurungan warga tua.

Selain Paro, beberapa lagi robot canggih termasuk robot senaman, prototaip robot urutan kepala dan android menyerupai manusia yang berfungsi sebagai penyambut tetamu turut ditawarkan bagi menceriakan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: