Tuesday, February 14, 2012

Rampas 71,160kg minyak masak


ABDUL HAMID (kiri) menunjukkan minyak masak yang dirampas di sebuah premis pemborong dan pembungkusan di Skudai, Johor semalam.


KULAIJAYA - Tindakan sebuah premis pemborong dan pembungkusan di Skudai, Johor Bahru menyimpan minyak masak melebihi kuantiti dibenarkan memakan diri apabila diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 4 petang membabitkan lapan anggota PPDNKK itu, sebanyak 71,160 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM177,900 telah dirampas.

Timbalan Pengarahnya, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya yang mendapat maklumat daripada orang awam telah melakukan intipan pada Sabtu lalu sebelum serbuan dilakukan keesokan harinya.

"Hasil pemeriksaan menemui 71,160kg minyak masak dalam sebuah tangki simpanan dan ia jauh melebihi jumlah simpanan yang dibenarkan iaitu 40,000 kg.

"Kita telah mengambil keterangan daripada pemilik premis berusia 40-an selain menyita semua minyak masak berkenaan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di stor penyimpanan sementara PPDNKK di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: