JITRA - Hasil padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dijangka merosot sehingga 20 peratus berikutan faktor cuaca dan serangan serangga perosak yang menjejaskan pengeluaran padi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Padi, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, penurunan hasil itu melibatkan penanaman padi bagi musim kedua 2011 yang giat dituai petani ketika ini.
Namun katanya, jumlah kerugian yang bakal ditanggung petani belum dapat ditaksirkan sehingga hasil tuaian selesai sepenuhnya akhir bulan ini atau awal bulan depan.
"Biasanya pada setiap musim hasil padi adalah 500,000 metrik tan dan kita menjangka hasil bagi musim ini merosot sebanyak 20 peratus," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi kawalan ulat ratus di Kampung Ketol di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: