Monday, February 20, 2012

Rahsia solekan segar


Wajah Nazeera Sardi selepas disolek.


WAJAHNYA mulus dihiasi solekan semula jadi. Si cantik manis, Nazeera Sardi sememangnya bertuah kerana dikurniakan kulit sedemikian rupa. Sebagai pelakon baru, dia tidak pernah mengabaikan penampilan wajah.

Nazeera percaya, solekan pada wajah mampu merubah penampilan wanita untuk kelihatan lebih berseri dan segar.

Apatah lagi jika solekan itu dilakukan dengan teliti dan mengikut panduan yang betul.

Baginya, pilihan solekan lazimnya lebih nipis dan semula jadi sesuai dengan usia.

Bagaimanapun, solekan tebal dengan penggunaan warna-warna terang harus disesuaikan dengan majlis yang dihadiri seperti jamuan makan malam.

Bagi Nazeera sendiri, dia lebih selesa memilih rona merah samar sesuai dengan sifat lembut dan kasih sayang warna tersebut.

Solekan malam ini membolehkan dia ke parti atau dating dengan yang tersayang.

Selain itu, Nazeera memilih gaun merah yang dipadankan dengan skarf reben seperti gaya selebriti Korea.

Diharapkan langkah tersebut dapat menjadi panduan kepada anda untuk berias tatkala dikejar jadual waktu yang sibuk dan memenuhi tuntutan untuk bersosial.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: