Monday, February 20, 2012

Hadiah romantik untuk wanita


Berlian cukup sentimental dalam acara pertunangan dan perkahwinan.


JIKA anda bertanya pada lelaki, apakah hadiah yang sesuai untuk isteri sebagai tanda cinta? Pastinya ada yang menjawab bunga dan coklat. Ada pula yang menjawab mereka tiada masa atau tidak tahu untuk membeli hadiah.

Sewajarnya perasaan cinta ditunjukkan dan dihayati setiap hari, bukannya setahun sekali. Barang kemas adalah antara hadiah paling berharga, romantik dan bermakna untuk isteri anda.

Cincin, rantai, gelang tangan atau sepasang subang mampu menterjemahkan perasaan cinta anda terhadap wanita.

Sifat mistik dan menggoda berlian misalnya, menjadikannya hadiah semula jadi yang paling sesuai. Kehangatan cinta dan kasih sayang seorang teman dapat dirasai menerusi barang kemas yang dihadiahkan.

Bagi Wan Azwan Shah Wan Zaki, 33, setiap tahun dia akan menghadiahkan aksesori berlian buat isterinya, Datuk Paduka Dr. Siti Aminah Ramli, 47.

Menurut Wan Azwan, pemberian barang kemas sebagai hadiah lebih bermakna dan menghangatkan perhubungan suami isteri.

"Saya gemar menghadiahkan sesuatu yang unik dan bersifat kewanitaan. Berlian adalah jawapannya," ujarnya yang menjadi pelanggan setia Habib Jewels selama tujuh tahun.

Sebab itulah orang selalu mengaitkan berlian sebagai teman setia wanita. Ia juga sering dikaitkan dengan pelbagai sentimen seperti pertunangan, ulang tahun dan perkahwinan.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya berlian dipilih sebagai pengikat kasih sayang.

Ini kerana berlian terkenal dengan prestij dan nilainya sesuai dengan harganya.

1 comment:

  1. that didn't last long... once a rat, always a rat...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: