PUSSYCAT Dolls? Apa yang akan anda ingat kalau nama itu disebut-sebut dan dijelmakan semula? Selain gaya seksi melampau-lampau setiap anggotanya dalam penampilan, apa lagi?
Memang tak ada, bukan?
Justeru, apabila Pussycat Dolls dikatakan akan tampil semula setelah beberapa tahun berkubur, persoalan utama yang muncul ialah, seberapa seksi anggota-anggotanya kali ini?
Setelah sekian lama bubar, khabarnya Pussycat Dolls kembali mengejutkan dunia apabila album terbaru kumpulan berkenaan akan muncul di pasaran tidak lama lagi.
Bersama dengan kemunculan sekeping gambar seksi, anggota baru Pussycat Dolls diperkenalkan kepada umum oleh Robin Antin. Antin adalah orang yang bertanggungjawab sebagai pengasas kumpulan berkenaan ke dunia hiburan, selain turut memperkenalkan semula kumpulan tersebut dalam versi terbaru di tahun 2012.
Antin sudah mengesahkan bahawa lima jelitawan seksi telah dipilih untuk mengisi posisi iaitu Chrystina Sayers (Girlicious), Paula Van Oppen (So You Think You Can Dance) dan Lauren Bennet (Paradiso Girls).
Turut menjadi pilihan untuk mengegarkan semula arena hiburan dunia ialah Vanessa Curry (bekas anggota kumpulan Laker Girl) dan Erica Jenkins (Dallas Cowboys).
“Percayalah, gabungan terbaru ini akan meraih kejayaan yang sama seperti pernah dicatatkan oleh kumpulan Pussycat Dolls sebelum ini,” kata Robin Antin.
Pussycat Dolls terkenal sebagai grup vokal yang sering bertukar ganti anggotanya ekoran pelbagai masalah dalaman yang tidak berkesudahan.
Nicole Schezinger adalah salah seorang bekas anggota Pussycat Dolls yang sangat berjaya di pentas solo.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: