Wednesday, February 22, 2012

Panasonic sasar RM2b

LANCAR...Lee (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran produk terbaru lampu LED di Petaling Jaya, semalam.
LANCAR...Lee (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran produk terbaru lampu LED di Petaling Jaya, semalam.

PANASONIC Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) meletakkan sasaran jualan kira-kira RM3 juta dalam segmen perniagaan lampu LED keluarannya, sekali gus mencapai 30 peratus penguasaan pasaran tempatan dalam segmen berkenaan menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Jeff Lee berkata, sasaran itu bersandarkan kepada pengenalan teknologi terbaru LED yang dijangka mendapat sambutan di Malaysia.


“Syarikat secara keseluruhan meletakkan unjuran jualan produk keluaran Panasonic mencecah RM2 bilion tahun ini dan pengenalan teknologi LED mampu meningkatkan penguasaan pasaran daripada dua peratus kepada 30 peratus dalam tempoh setahun,” katanya selepas melancarkan produk terbaru LED di Petaling Jaya, semalam.

Panasonic menawarkan empat jenis mentol LED iaitu standard, penyebaran sepenuhnya, kaca jernih kepada halogen yang boleh menyimpan tenaga sehingga 80 peratus dan pada masa sama mampu memancarkan cahaya terang.


Beliau berkata, mentol Panasonic LED dilengkapi teknologi berkecekapan tinggi untuk menyimpan tenaga dengan jangka hayat ultra sehingga 40 tahun atau 40,000 jam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: