Thursday, February 2, 2012

Miley Cyrus Cedera Tulang Belakang

Miley Cyrus

LONDON: Penyanyi dan pelakon Miley Cyrus mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang badannya selepas membuat percubaan untuk melakukan lipatan ke hadapan dalam rutin gimnastik.

Laman web contactmusic.com. melaporkan, penyanyi berusia 19 tahun itu mendapat kecederaan tersebut apabila pergerakan untuk melipatkan badannya ke arah hadapan telah menyebabkan keretakan pada tulang tongkeng.

“Tulang tongkeng saya retak ketika melakukan rutin gimnastik melipatkan badan ke hadapan di atas sofa.

"Kesakitan ini sama seperti anda tersandung pada bantal dan patah tangan. Hanya saya merasainya,” kata penyanyi itu di akaun Twitternya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: