TUMPAT - Seorang lelaki mati lemas selepas terjun ke dalam Sungai Golok, ketika dipercayai cuba melarikan diri daripada polis dalam satu operasi cegah jenayah di sebuah pangkalan haram Kampung Tanjung dekat sini, malam kelmarin.
Mayat Mat Ridzuan Anuwa, 29, ditemui kira-kira pukul 10.25 pagi semalam selepas gerakan mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin (PGM).
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffuddin Yusoff berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui berhampiran jeti Jabatan Kerja Raya, Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
Menurut beliau, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika anggotanya menjalankan tugas rondaan dan terserempak dengan lelaki terbabit di kawasan berkenaan.
"Menyedari kehadiran anggota polis, lelaki itu bertindak melarikan diri dan terjun ke dalam sungai. Anggota kita kemudian cuba mencari di sekitar kawasan tersebut tetapi gagal lalu meminta bantuan PGM untuk menjalankan gerakan mencari.
"Mayat mangsa yang ditemui dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya.
PEKAN: Seorang anggota tentera yang bertugas di Cawangan Perisikan,maut apabila kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Pekan - Kuantan.dan seorang lagi cedera parah
ReplyDeleteKopral Rosmadi Ramlan, 36, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Afwan Afzan untuk bedah siasat.Manakala
Kapten Rafizam Abdul Rahman cedera parah dan dihantar ke Hospital Tentera yang tidak dinyatakan
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada pukul 05.30 pagi itu, Rosmadi yang memandu kereta Proton Persona milik Tentera bagi menghantar pegawai tersebut terbabas dipercayai mengelak lembu.
"Dia mungkin terbabas ketika melalui selekoh tajam dalam keadaan jalan yang agak gelap. Dia tersepit dalam keretanya yang remuk," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat lelaki itu yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan.