Thursday, February 2, 2012

Kreativiti seni gulungan kertas


MOHD. NAMIZAM menunjukkan antara produk hasil kreativitinya.


DILABELKAN sebagai antara pasangan Hollywood paling romantik, nampaknya hal itu tidak akan berpanjangan selepas model Heidi Klum dan suaminya, penyanyi Seal rasmi bercerai.

Perkahwinan mereka selama tujuh tahun dan memiliki tiga orang anak iaitu Henry, 6, Johan, 5, dan Lou, 2, serta seorang anak Klum berusia tujuh tahun hasil hubungan terdahulu dan seorang anak angkat Seal, Leni, bagaimanapun diakhiri dengan cara yang baik.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pasangan ini, mereka memberitahu begitu sukar untuk membuat keputusan bercerai. Bagaimanapun ia terpaksa dilakukan kerana mereka kini mempunyai pandangan masa depan yang tidak lagi selari.

“Kami telah menghabiskan masa yang gembira, penuh kasih sayang dan setia sepanjang tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun kami akhirnya membuat keputusan untuk berpisah selepas sudah tidak memiliki persefahaman tentang masa depan kami lagi.

“Walau sudah bercerai, kami tidak akan mengabaikan anak-anak dan cukup menghormati antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menghormati privasi kami selama ini,” ujar pasangan tersebut melalui kenyataan rasmi yang disiarkan oleh Us Weekly.

Sebelum ini, Heidi dilaporkan telah memfailkan penceraian dengan alasan mereka tidak lagi sehaluan. Malah seorang sumber memberitahu pasangan tersebut kerap bertengkar sejak kebelakangan ini yang berakhir dengan penceraian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: