DIOS Astana Bridal, sebuah jenama butik terkemuka untuk bakal-bakal pengantin kini mengadakan Jualan Mega sehingga 20 Februari ini.
Sempena Jualan Mega tersebut, selain diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, bakal-bakal pengantin boleh mendapatkan pelbagai barangan kelengkapan perkahwinan pada harga terendah.
Selain itu, setiap pengunjung dan pembeli juga berpeluang menikmati pelbagai baucer diskaun yang disediakan.
Dios Astana Bridal yang mengkhususkan sepenuhnya dalam penyediaan produk berteraskan perkahwinan merupakan sebuah pusat sehenti yang sentiasa memenuhi kehendak dan impian setiap bakal-bakal mempelai.
Mula beroperasi pada tahun 2002, sehingga kini Dios Astana Bridal telah melalui fasa pertumbuhan dan semakin berkembang dari aspek dan produk yag ditawarkan.
Syarikat hak milik bumiputera sepenuhnya itu telah memiliki empat cawangan di Semenanjung Malaysia dan bakal disusuli sebuah gedung terbesar di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, tidak lama lagi.
Di Dios Astana Bridal, segala kelengkapan untuk majlis perkahwinan boleh diperolehi. Antara rangkaian produk yang ditawarkan ialah kad jemputan, busana pengantin, aksesori pengantin, solekan dan andaman, pelamin, cenderahati serta pelbagai lagi.
Selain itu, Dios Astana Bridal turut menawarkan pelbagai pakej istimewa yang merangkumi kelengkapan dan rundingan untuk juru andam bagi bakal-bakal pengantin.
Sepanjang Jualan Mega itu, para pelanggan turut berpeluang menikmati harga istimewa dan pelbagai faedah lain melalui kad keahlian Privilege' untuk setiap juru andam yang telah berdaftar.
Para pelanggan juga dapat menikmati kemudahan pembelian secara dalam talian melalui www.diosastana.com.my.
Dios Astana Bridal turut memperkenalkan kad keahlian baru iaitu Executive Privilege yang menawarkan lebih manfaat dan penjimatan kepada ahli.
Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar bolehlah kunjungi cawangan-cawangan Dios Astana Bridal berhampiran yang terletak di Puchong, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani dan Ipoh.
Kunjungan ke butik pengantin itu pasti dapat membantu anda merealisasikan perkahwinan impian di samping menyokong usaha untuk mengekal dan mempertahankan adat, tradisi dan budaya bangsa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: