![]() |
| |
MELAKONKAN watak Kang Jonghee di samping aktor Lee Dongwook dalam drama Wild Romance yang disiarkan setiap Rabu dan Khamis di saluran KBS, Jessica, sering menjadi bahan bualan.
Menerusi drama lakonan pertamanya, anggota Girls Generation itu menjadi bualan kerana adegan bercumbu dengan aktor tersebut.
Selepas itu, Jessica yang bijak menggunakan popularitinya itu, memaparkan foto dia berpakaian pengantin di laman sosialnya.
Dia yang mendapat pujian ramai kerana watak antoganis dalam drama itu berkata, disebabkan pertama kali dia memakai pakaian pengantin untuk drama, hatinya begitu teruja.
“Ini adalah pertama kali saya mengenakan pakaian pengantin untuk watak yang saya lakonkan. Hati terasa amat teruja dan saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan para peminat,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: