Sunday, February 12, 2012

Gapai impian di awan biru




DI sebalik hiruk-pikuk ruang pelepasan domestik dan antarabangsa Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang, ratusan krew penerbangan sudah mula bersiap sedia.

Rambut siap didandan, wajah disolek rapi dan bergegas membuat persediaan sebelum menyambut penumpang menaiki pesawat.

Bagi krew penerbangan yang bertugas, inilah waktu yang amat menguji kesabaran, ketahanan emosi dan mental mereka. Bayangkan berada di dalam pesawat dengan situasi yang sama untuk sepanjang hari.

Inilah rutin yang perlu dilalui pramugari penerbangan (FA) Irnawati Japar Samijan Osir Leong, 32, setiap hari. Namun FA dari Sabah ini tidak pernah merungut kerana kerjaya terbang di awan biru menjadi impiannya sejak kecil.

Cabaran

"Selama sembilan tahun bersama AirAsia, pelbagai cabaran saya lalui. Penumpang biasanya tidak susah untuk di jaga malah saya sangat suka berjumpa dengan orang yang berlainan setiap hari.

"Cuma kadang kala apabila penerbangan terlewat, ada yang marah. Pada masa inilah FA harus mengunakan sepenuhnya kemahiran untuk menenangkan penumpang.

"Jika saya hadapi situasi ini, saya akan setia mendengar keluhan atau kemarahan penumpang dan cuba meletakkan diri saya di tempat mereka waktu itu. Insya-Allah kita dapat menyelesaikan masalah itu," katanya sambil tersenyum.

Selain kerjaya impiannya, Irnawati juga mengusahakan pusat kecantikan secara kecil-kecilan sebagai mengisi hobinya pada masa lapang.

Dia juga dalam proses membuka butik pakaian.

"Walaupun sibuk dengan kerjaya, saya akan mengambil cuti panjang pada pertengahan dan hujung tahun untuk bersama keluarga,"ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: